Thursday 19 March 2015

Senjata Melayu

Kerambit merupakan sejenis senjata Melayu kecil, dengan bilah melengkung, jarak dekat yang boleh dijumpai di Asia Tenggara di FilipinaIndonesia, dan Malaysia. Disebabkan bentuknya seperti kuku atau cakar dan juga taji, ia juga dikenali sebagai Lawi AyamKuku Ayam atau Rambai Ayam. Selain sebagai senjata, kerambit juga boleh berfungsi sebagai alat pertanian.

Kerambit knife and sheath.JPG

Parang
Menurut Dewan Bahasa, Parang didefinasikan sebagai Pisau Melayu yang besar. Parang merupakan sejenis alat seakan pisau yang berasal dari Asia Tenggara, khususnya Nusantara. Ia digunakan untuk memotong kayu yang lebih keras, dengan mata yang lebih keras dan pusat pukulan yang jauh ke hadapan tangkai. Matanya juga lebih cekah serong supaya tidak tersekat dalam potongan. Mata parang biasanya 30 sentimeters (12 in) panjang dan jisimnya tidak lebih 0.75 kilograms (1.7 lb). Mata yang lengkung membolehkan penggunaan daya maksimum ketika memotong kayu balak, maka mata sampai sebelum buku jari demi perlindungan pada buku jari. Parang mempunyai tiga mata, iaitu mata depan amat tajam dan digunakan untuk mengupas, mata tengah yang lebih lebar dan digunakan untuk mencantas, dan mata belakang (dekat tangkai) yang amat halus dan digunakan untuk mengukir.
Panjang bilah parang adalah diantara 10 hingga 24 inci. Jika bilah pendek dari 10 inci, alat itu disebut Pisau. Lebih dari 24 inci dipanggil Pedang.

Jenis-jenis Parang
Image result for gambar parang
  1. Lading
  2. Parang Badau
  3. Parang Bangkol
  4. Parang Bangkong
  5. Parang Belitung
  6. Parang Bongkok
  7. Parang Cakuk
  8. Parang Candong
  9. Parang Candung
  10. Parang Cengkok
  11. Parang Gabus
  12. Parang Gondol
  13. Parang Illang
  14. Parang Jenguk
  15. Parang Koteng
  16. Parang Lading Pendek
  17. Parang Ongkok
  18. Parang Padul
  19. Parang Pajah
  20. Parang Panjang
  21. Parang Panjang
  22. Parang Paranggi
  23. Parang Patani
  24. Parang Pendek
  25. Parang Puting
  26. Parang Sakampok
  27. Pisau Panjan


Keris ialah sejenis senjata pendek Austronesia yang digunakan sejak melebihi 600 tahun dahulu. Senjata ini memang unik di dunia Melayu dan boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu seperti IndonesiaMalaysia,SingapuraThailand Selatan, Filipina Selatan (Mindanao) dan Brunei.
Nama yang digunakan untuk keris berbeza mengikut daerah misalnya sundang di Mindanaokedutan di Bali dan kareh di Sumatera. Perkataan keris dikatakan berasal dari bahasa Jawa Kuno iaitu malang kerik yang bermaksud bercekak pinggang. Ini merujuk kepada figura orang bercekak pinggang pada hulu keris pada peringkat awal.
Keris digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu bersilat) dan sebagai alat kebesaran diraja. Senjata ini juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu. Keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sariyang merupakan senjata Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang terkenal.
Keris berasal dari kerajaan Srivijaya  Kepulauan Jawa dan gambaran keris terdapat di Candi Borobudur. Keris purba telah digunakan antara abad ke-9 dan abad ke-14. Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu mata, hulu dan sarung. Keris sering dikaitkan dengan kuasa mistik oleh orang Melayu pada zaman dahulu. Antara lain, terdapat kepercayaan bahawa keris mempunyai semangatnya yang tersendiri.
Keris menurut amalan Melayu tradisional perlu dijaga dengan cara diperasapkan pada masa-masa tertentu, malam Jumaat misalnya. Ada juga amalan mengasamlimaukan keris sebagai cara untuk menjaga logam keris dan juga untuk menambah bisanya.

Image result for keris

Bahagian-bahagian keris

  • Aring -- Kerawang di pangkal mata keris.
  • Balang -- Bahagian sarung keris yang lurus.
  • Batir-batir -- Perhiasan pada tuli-tuli keris yang dibuat daripada emas.
  • Biji timun -- Sejenis ukiran, sejenis garis-garis pada mata pisau (keris).
  • Bunga pamor -- Lukisan pada keris kerana waja putih yang ditempa pada bilah keris.
  • Cincin pacat kenyang -- Cincin yang besar dan tebal pada satu bahagian (dipakai untuk melindungi jari sewaktu memegang keris).
  • Dagu keris -- Hujung ganja keris.
  • Gandik -- Perhiasan pada hulu keris.
  • Ganja -- Bahagian keris di antara mata dan hulunya.
    • Ganja datang = ganja rawan -- Ganja yang dilekatkan pada bilahnya.
    • Ganja iras = ganja menumpu -- Ganja yang bersambung dgn bilahnya.
  • Kurai -- Corak (gambar, barik-barik) pada bilah keris dan lain-lain yang berpamor.
  • Lambai gajah -- Bahagian mata keris (yang terletak di bawah dagu keris).
  • Landaian -- Hulu keris.
  • Lok -- Kelok atau liku pada mata keris.
  • Merubi -- Bentuk hulu keris yang seperti ubi.
  • Paksi -- Puting (bahagian keris dan lain-lain) yang masuk ke dalam hulunya.
  • Panjut -- Warna putih pada hujung mata keris.
  • Pendongkok / Dongkok keris -- Gelang-gelang antara hulu dan bilah keris, pemendak (dulang-dulang) keris. Kedongkok. Pemendak.
  • Penduk -- Penyalut pada sarung keris daripada emas (perak dan lain-lain).Terapan.
  • Penongkok -- (Kedah) Emas dan lain-lain yang disalut pada hulu keris.
  • Pestaka -- Kuasa buruk atau baik yang ada pada keris (lembing dan lain-lain).
  • Sampir -- Bahagian sarung keris yang di atas sekali. Warangka (Jawa).
  • Sigi -- Gelang-gelang daripada besi dan lain-lain (untuk me­nguatkan pegangan hulu pada puting keris dan lain-lain), temin.
  • Tapih -- Salut pada sarung keris Jawa.
  • Tebu-tebu -- Gelang-gelang (pada batang tombak, hulu keris, dan lain-lan).
  • Tuli-tuli -- Sejenis tali (daripada benang sutera, emas, perak, rotan, dan lain-lain) untuk melekatkan sarung keris pada tali pinggang.

Image result for keris

www.FizzieNet.Blogspot.com

No comments:

REVOLUSI INDUTRI 4.0

    PENGENALAN Dalam era kehidupan manusia masa kini, kita tidak boleh lari dari perkembangan teknologi. Saban   hari teknologi ini maki...