Tuesday 5 April 2022

REVOLUSI INDUTRI 4.0

  

 PENGENALAN

Dalam era kehidupan manusia masa kini, kita tidak boleh lari dari perkembangan teknologi. Saban  hari teknologi ini makin berkembang dan bergerak dengan pantas. Cara hidup dan tindakan kita juga ditentukan oleh revolusi teknologi ini. Begitu juga dengan perkembangan revolusi industri di dunia kini. Apa yang kita lihat atau kita guna sekarang adalah hasil daripada kesinambungan revolusi industri dari yang pertama dulu. Mengikut sejarah, revolusi industri pertama dulu atau lebih dikenali sebagai Revolusi Industri 1.0 yang berada dalam era tahun 1760-1840 lebih kepada penggunaan mesin. Sekitar tahun 1870-1914 revolusi industri 2.0 mula diperkenalkan dimana pada revolusi ini bermulalah zaman pengeluaran besar-besaran. Pada revolusi 3.0 pula iaitu pada tahun 1960-1999 kita mula diperkenalkan dengan teknologi baru yang lebih dikenali sebagai teknologi digital. Teknologi ini membawa perubahan daripada sistem analog kepada sistem digital. Dan kini tanpa kita sedar atau tidak kita berada pada era revolusi industri 4.0 dimana pada era revolusi ini teknologi  internet dan teknologi maklumat serta teknologi robotik sudah digunakan secara meluas. Malah boleh dikatakan urusan kehidupan kita sekarang semuanya berasaskan teknologi IR4.0. Revolusi Industri 4.0 ini bukan sahaja memgubah cara hidup kita, malah ia juga mengubah bidang-bidang yang lain seperti bidang pendidikan , ekonomi, sosial dan lain-lain lagi. Terdapat 9 tongak utama dalam revolusi industri 4.0 ini iaitu Cybersecurity, Augmented Reality, Internet of Things, Cloud Computing, Big Data, Autonomous Robots, System Integrated, Simulation dan Additive Manufacturing





 INTERNET OF THINGS (IoT)

 Definisi

Dalam kepesatan kemajuan teknologi masa kini, jalur lebar internet sudah menjadi satu keperluan dalam kehidupan  kita seharian. Internet of things atau dipanggil IoT, dalam Bahasa melayunya dipanggil sebagai Internet pelbagai benda menjadi satu topik perbincangan yang popular masa kini. Apa yang dimaksudkan dengan IoT ini? IoT ini boleh definasikan sebagai satu jaringan benda fizikal yang mempunyai perisian (software) dan teknologi yang mampu berhubung dengan peranti lain dan betukar-tukar data atau sistem melalui rangkaian internet. Ia juga boleh merujuk sebagai kemampuan untuk memindahkan data melalui jaringan internet tanpa perlu hubungan antara manusia dengan manusia atau manusia dengan komputer. Secara ringkasnya IoT ini adalah lanjutan kepada teknologi internet masa kini.  Ia mempunyai kebolehan untuk berhubung dengan peranti yang lain dan membuat tindakan berpandukan maklumat yang diterima.Dan tanpa kita sedari sebenarnya kita terlibat secara langsung dengan sistem IoT ini dalam setiap aktiviti kita seharian.

 Fungsi IoT

Sedar atau pun tidak kita sekarang memasuki fasa dimana internet menjadi sumber utama dalam kehidupan kita. Hidup kita terasa lebih mudah dengan dibantu oleh peranti-peranti pintar yang menggunakan internet ini. Tugas kita sebagai manusia ini lebih kepada mengatur serta memerhati sahaja peranti-peranti ini berkerja mengikut apa yang kita inginkan. Selain daripada penggunaan kita di rumah atau pejabat, teknologi IoT ini juga banyak digunakan oleh pihak swasta dan kerajaan dalam melancarkan urusan mereka. Agensi-agensi kerajaan dan swasta ini banyak bergantung kepada IoT bagi meningkatkan produktiviti serta perkhidmatan yang diberikan. Selain daripada itu terdapat beberapa lagi bidang yang mendapat manfaat melalui teknologi IoT ini. Antaranya ialah:

Bidang Pertanian


Fungsi utama IoT dalam bidang pertanian adalah mengawasi dan memantau keadaan tanah yang hendak digunakan untuk pertanian. Selain itu, ia juga boleh mengetahui sistem pengairan yang sesuai serta memperolehi data-data berkaitan cuaca semasa dan juga memantau keadaan kesihatan ternakan. Contohnya seperti dalam sistem pengairan, dengan data kelembapan tanah yang diperolehi dengan kaedah IoT ini, sensor akan menghantar maklumat kepada pengkala data dan seterusnya proses penyiraman air akan dilakukan secara automatik tanpa perlu kawalan daripada manusia. Dengan itu kelembapan tanah dapat dikekalkan dan tanaman akan terus subur.

Bidang Perindustrian

Dalam perindustrian pembuatan dan pengeluaran, penggunaan teknologi robot dan mesin ini telah banyak digunakan oleh syarikat-syarikat bagi mengurangkan kos tenaga. Dengan rangkaian mesin dan sensor, teknologi ini mampu meningkatkan pengeluaran yang produk yang optimum. Selain itu, teknologi IoT ini boleh membantu dalam pengurusan aset melalui penyelenggaraan yang dirancang, menilai statistik kewangan dan pengeluaran produk. Sistem pintar melalui teknologi IoT ini juga mampu diintergrasikan dengan sistem smart Grid. Ia boleh membuat kawalan secara automatik dalam sesebuah bangunan dengan fungsi yang dikawal oleh sensor dalam sistem rangkaian yang besar. Selain dalam bidang pembuatan, bidang peruncitan juga banyak menggunakan aplikasi IoT ini. Ia tidak sekadar pengurusan runcit dan retail sahaja, malah ia boleh dimanfaatkan oleh pengusaha restoran, penghotelan dan perniagaan-perniagaan lain bagi meningkatkan keuntungan. 

 



ROBOTIK AUTONOMI

 

Definisi

 

Robot autonomi merupakan satu mesin elektro-mekanikal yang dicipta untuk melakukan tugas-tugas yang berbeza mengikut kepintaran dan kegunaannya. Ia boleh bekerja dalam tempoh yang panjang tanpa perlu kawalan manusia. Setiap jenis robot ini mempunyai ciri-ciri canggih yang membolehkan mereka memahami persekitaran fizikal dan melakukan perkara yang diarahkan kepadanya. Robot autonomi selalunya menjalankan kerja mereka tanpa sebarang hubungan dengan manusia kecuali jika sebahagian dari tugas mereka itu memerlukan manusia. Kini, dengan kemajuan teknologi, kegunaan robot telah diperluaskaan ke pelbagai bidang seperti bidang perubatan, bidang komunikasi angkasa, ketenteraan, perladangan dan pelbagai lagi.


 Fungsi Robot autonomi

 

Setiap robot automoni mempunyai fungsi yang berbeza-beza mengikut tujuan robot itu dicipta. Namun keseluruhannya, fungsi robot ini adalah sama, iaitu berfungsi bagi memudahkan urusan pekerjaan manusia. Secara dasarnya terdapat beberapa fungsi yang dapat dilakukan robot antaranya:

§  Dalam bidang industri, kegunaan robot ini mampu meningkatkan produktiviti serta kawalan kualiti yang baik dan mengukuhkan daya tahan industri itu.

§  Robot ini juga boleh mengantikan manusia dalam melakukan tugas-tugas yang dalam kategori bahaya dan berisiko tinggi.

§  Bagi bidang pendidikan pula, ia mampu menarik minat para pelajar meneroka dengan lebih dalam mengenai teknologi robotik ini dan melahirkan idea dan inovasi yang baru pada masa hadapan.

§  Dengan adanya robot dirumah, ia mampu meringankan tugas manusia seperti melakukan kerja-kerja rumah conntohnya menyapu, mengemop, membasuh dan sebagainya.

Dan robot-robot ini juga boleh digunakan sebagai alat hiburan atau peneman bagi manusia mengikut jenis yang manusia inginkan


PENGKOMPUTERAN AWAN (Cloud Computing)

 Definisi

Pengkomputeran awan adalah satu penggunaan teknologi komputer atau pembangunan komputer yang berasaskan internet atau dikenali sebagai awan. Ia mempunyai kemampuan berkaitan dengan teknologi maklumat dimana banyak sumber-sumber maklumat dapat disediakan untuk pengguna dan boleh diakses melalui capaian internet pada sebilang masa dan tempat. Dengan kata lain, pengkomputern awan adalah memudahkan penyimpanan dan pencapaian data dan aplikasi dengan menggunakan komputer atau pelbagai platform peranti mudah alih yang lain dengan syarat ia  mempunyai capaian internet. Proses ini bermula apabila pengguna memuat naik data-data seperti dokumen, video, gambar ataupun lagu-lagu dan kemudian data-data ini boleh dicapai di tempat yang lain seperti laptop, telefon bimbit, tablet atau peranti-peranti yang lain melalui internet.


Fungsi Pengkomputeran Awan

 

Dalam sesebuah organisasi, pengkomputeran awan ini mampu meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan. Ini kerana fungsi pengkomputer awan ini membolehkan pengguna memdapatkan maklumat atau data-data yang diperlukan tanpa perlu menghubungi atau berjumpa secara bersemuka. Ia menjimatkan masa dengan hanya berkolaborasi  secara dalam talian. Selain daripada boleh dicapai dengan mudah teknologi ini juga mempunyai kapasiti penyimpanan yang besar untuk menyimpan pelbagi jenis data. Fungsi-fungsi pengkomputeran awan ini juga bergantung kepada jenisnya. Antara jenis pengkomputeran awan ini ialah:

i.                    Pengkomputeran awan persendirian (Private Cloud)

Ia hanya dikhaskan atau dituju kepada organisasi atau individu pengguna tertentu sahaja. Pengguna yang selain daripada itu tidak boleh mencapai data-data di dalam awan ini.

ii.                  Pengkomputeran awan awam (Public Cloud)

Pengkomputeran jenis ini membolehkan sesiapa sahaja untuk menggunakannya. Contohnya seperti Google Engine, Amazon Cloud, Window Cloud dan lain-lain lagi.

iii.                Pengkomputeran awan Hibrid (Hybrid Cloud)

Ia adalah satu kombinasi antara Awan Persendirian dengan Awan Awam. Organisasi boleh menyimpan data dalam awan persendirian dan boleh mengekalkan data yang lain dalam awan awam.

iv.                Pengkomputeran Komuniti (Community Cloud)

Ia adalah gabungan kepada semua pengkomputeran awan diatas. Data-data dalam awan ini boleh dikongsi oleh mana-mana organisasi atau individu tetapi perlu mematuhi ketetapan dari segi keselamatan, polisi dan bidang kuasa.

 

KESIMPULAN

 

Kemajuan dan pembangunan teknologi industri ini tidak akan berhenti setakat IR4.0 sahaja. Akan ada kesinambungan revolusi ini selagi mana ada keperluan dalam industri di dunia. Kesan terhadap kehidupan manusia juga tidak dapat dielakkan. Pelbagai pihak perlu mempersiapkan diri bagi menerima kesan daripada perubahan revolusi ini terutama IR4.0.  Sekiranya  tanpa persediaan dan persiapan rapi, sukar untuk kita mencapai perubahan ini dan akan memberikan kesan buruk kepada kemajuan negara. Pelan perancangan strategik harus dibangunkan secara menyeluruh oleh pengubal dasar bagi memastikan perubahan perkembangan revolusi ini dapat dimanfaat sepenuhnya. Pengurusan tertinggi dalam sesebuah organisasi itu perlu memikirkan kaedah terbaik bagi memperolehi kebaikan daripada revolusi ini seperti pembangunan modal Ehsan dan kemajuan syarikat. Pendedahan serta latihan harus diberikan kepada para pekerja supaya mereka lebih bersedia dan berkeyakinan dalam menghadapi sistem dan perubahan ini. Segala polisi serta garis panduan dan pelaksanaan kerja harus diberi perhatian serius supaya okbjektif yang telah ditetapkan tercapai.

Bagi masyarakat pula, minda mereka harus terbuka dalam penerimaan perubahan revolusi ini. Sekiranya masih dengan pemikiran yang lama, dan takut untuk menerima perubahan dikhuatiri akan terjadinya dimana masyarakat tersebut akan ketinggalan dan tidak mampu untuk maju kehadapan. Penting bagi masyarakat mempersiapkan diri mereka dan anak-anak mereka dengan pendidikan yang berkemahiran

https://www.mosti.gov.my/fokus/revolusi-industri-keempat-ir-4-0/ 

https://www.miti.gov.my/index.php/pages/view/4832

https://www.networkworld.com/article/3207535/what-is-iot-the-internet-of-things-explained.html


REVOLUSI INDUTRI 4.0

    PENGENALAN Dalam era kehidupan manusia masa kini, kita tidak boleh lari dari perkembangan teknologi. Saban   hari teknologi ini maki...