Friday 27 March 2015

"HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI"


Image result for hukuman gantung sampai mati

Cerita ini saya petik drpd  cerita kawan-kawan yg berkerja di penjara.
"Hukuman gantung sampai mati"..Bayangkan jika sendiri yang menerima hukuman tersebut, pasti kecut perut dibuatnyakan..merasai bagaimana leher kita bakal dijerut dan dibiarkan tergantung sampai mati....Harap-harapkan dijauhkan..Aminnn

Semoga artikal di bawah ini akan menyedarkan dan menginsafkan kita tentang akibat jika kita terlibat dalam jenayah besar@kecil,kerana dari yang kecil akan membawa kepada yang lebih besar.

Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembu supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4000-RM5000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahananya dengan meggantungkan patung seberat lenih 90kg selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri & ia diklasifikasikan sebagai senjata & ianya disimpan di dalam peti besi. Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.

Apabila Rayuan Ditolak

Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan & Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman & di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu dia antara 5.30pagi hingga 6.30 pagi.

eemmrrr.....banyak lagi prosesnya..nanti kita sambung.

Monday 23 March 2015

Adakah kita "DAYUS"?

Image result for dayus

SOALAN: Ramai  lelaki kurang faham erti dayus dengan jelas. Apakah makna perkataan dan perbuatan yang menjuruskan perlakuan tersebut?

Jawapan: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga golongan yang ALLAH tidak akan lihat (bermakna tiada bantuan daripada dikenakan azab) mereka pada hari kiamat: Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki dayus.” (Riwayat Ahmad dan Al-Nasaie)

Dayus disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadis yang lain iaitu daripada Ammar bin Yasir berkata, dia mendengar daripada Rasulullah SAW berkata: “Tiga golongan yang tidak akan memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak.” Lalu sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus?” Berkata Nabi: “Iaitu orang yang tidak mempedulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya).” (Riwayat Al-Tabrani)

Daripada hadis di atas, maksud lelaki dayus adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dengan siapa isteri dan anaknya bersama dan bertemu. Malah, ada yang membiarkan sahaja isteri dan anak perempuannya dipegang lelaki lain.

Soalan yang sama daripada sahabat mengenai siapakah dayus? Lalu jawab Nabi SAW, maksudnya: “Apakah dayus itu wahai Rasulullah?” Jawab Nabi: “Iaitu seseorang (lelaki) yang membiarkan kejahatan (zina, membuka aurat, bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya (isteri dan keluarganya).” (Riwayat Al-Tabrani dan Al-Baihaqi).

Tafsiran golongan ulama berkenaan istilah dayus adalah “Seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya).”
“Cemburu lawannya dayus.” Berkata pula Al-Nuhas, “Cemburu (iaitu lawan kepada dayus) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya daripada ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram.”

“Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) apabila dia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya dia tidak mengubahnya.”

“Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat atau kecemburuan (terhadap ahli keluarga), dan barang siapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga jauh daripada kejahatan dan perkara keji. Tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota (terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.” (Faidhul Qadir, Al-Munawi, 3/430)

Image result for dayus

Lihat betapa ALLAH SWT dan rasul-NYA menginginkan golongan suami dan ayah mempunyai sifat pelindung kepada ahli keluarga daripada melakukan sebarang perkara keji dan mungkar.
Lelaki menjadi dayus apabila:

1. Membiarkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain selama mereka bekerja atau di luar rumah.

2. Membiarkan isterinya pulang lewat, serta tidak diketahui bersama siapa, serta apa yang dibuatnya ketika dia bekerja.

3. Membiarkan aurat isteri dan anak perempuan dewasanya terdedah (terselak kain) ketika menaiki apa jua kenderaan.

4. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahramnya.

5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangan yang bukan mahramnya di rumah. Kononnya, ibu bapa mereka sporting dan memahami.

6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang menjolok mata di luar rumah.

7. Membiarkan anak perempuan menyertai akademi hiburan yang boleh mempamerkan kecantikan mereka kepada jutaan manusia bukan mahram.

8. Membiarkan isteri atau anaknya menjadi pelakon dan membiarkan mereka berpelukan dengan lelaki lain. Kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon, nafsu seorang lelaki itu akan hilang? Tidak sekali-sekali!

9.  Membiarkan isteri bekerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

RAsulullah SAW bersabda “Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahan kan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid.” (Riwayat Ahmad)

Sumber: Sinar Harian

Friday 20 March 2015

BERANI MENGADAPI KRITIKAN DAN MEMBERI KRITIKAN YANG POSITIF

Perasaan takut kepada kritikan akan memusnahkan inisiatif seseorang,merosak kekuatan imaginasinya, membatasi kebebasan individu, merampas keberanian sendirianya dan merugikan dalam banyak perkara. Takut menghadapi kritikan akan membuat seseorang pekerja takut meletakkan target yang tinggi bila menjalankan sesuatu kerja. Majikan yang memahami sifat manusia mendapat yang terbaik dari pekerjanya bukan dengan kritikan, melainkan dengan dorongan yang membina.Image result for gambar kritikan

Di samping itu juga berani mengkritik juga sesuatu keperluan namun hendaklah ianya secara menyenangkan.Kemukakan kritik yang membina. Tunjukkan bagaimana yang sebaiknya. Jangan hanya mencari-cari kesalahan. Kalau kita tidak tahu bagaimana sebaiknya untuk melakukannya(kritikan yang membina), lebih baik diam. Orang yang mengkritik pada masa kritik diperlukan dan memberinya secara jitu, jarang kita temui.Mereka inilah memang pemimpim sejati.Ramai di antara kita lebih senang mengkritik semasa pemimpim tidak berada disisi mereka.

CARA-CARA MEMBERI KRITIKAN YANG POSITIF 


1. Kritiklah di bawah empat mata dan jangan sekali-kali mengkritik di depan orang ramai.
2. Lakukan itu dengan senyum simpul, secara bersahabat
3. Mula dengan memuji. untuk mententeram orang yang bakal dikritik.
4. Kritiklah dengan mengemukakan kepentingan orang yang dikritik dan organisasi.
5. Kemukakan kritik yang membina.Tunjukanlah bagaimana yang sebaiknya. Jangan hanya mencari kesalahan. Kalau tidak tahu bagaimana yang sebaiknya lebih baik berdian sahaja.
6. Akhiri kritikan dengan memuji dan tepukan ke bahu orang berkenaan.

Allah SWT berfirman: "....dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada.Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." surah Al-Nuur: 22

Image result for gambar kritikan

WWW.FIZZIENET.BLOGSPOT.COM

Thursday 19 March 2015

Senjata Melayu

Kerambit merupakan sejenis senjata Melayu kecil, dengan bilah melengkung, jarak dekat yang boleh dijumpai di Asia Tenggara di FilipinaIndonesia, dan Malaysia. Disebabkan bentuknya seperti kuku atau cakar dan juga taji, ia juga dikenali sebagai Lawi AyamKuku Ayam atau Rambai Ayam. Selain sebagai senjata, kerambit juga boleh berfungsi sebagai alat pertanian.

Kerambit knife and sheath.JPG

Parang
Menurut Dewan Bahasa, Parang didefinasikan sebagai Pisau Melayu yang besar. Parang merupakan sejenis alat seakan pisau yang berasal dari Asia Tenggara, khususnya Nusantara. Ia digunakan untuk memotong kayu yang lebih keras, dengan mata yang lebih keras dan pusat pukulan yang jauh ke hadapan tangkai. Matanya juga lebih cekah serong supaya tidak tersekat dalam potongan. Mata parang biasanya 30 sentimeters (12 in) panjang dan jisimnya tidak lebih 0.75 kilograms (1.7 lb). Mata yang lengkung membolehkan penggunaan daya maksimum ketika memotong kayu balak, maka mata sampai sebelum buku jari demi perlindungan pada buku jari. Parang mempunyai tiga mata, iaitu mata depan amat tajam dan digunakan untuk mengupas, mata tengah yang lebih lebar dan digunakan untuk mencantas, dan mata belakang (dekat tangkai) yang amat halus dan digunakan untuk mengukir.
Panjang bilah parang adalah diantara 10 hingga 24 inci. Jika bilah pendek dari 10 inci, alat itu disebut Pisau. Lebih dari 24 inci dipanggil Pedang.

Jenis-jenis Parang
Image result for gambar parang
  1. Lading
  2. Parang Badau
  3. Parang Bangkol
  4. Parang Bangkong
  5. Parang Belitung
  6. Parang Bongkok
  7. Parang Cakuk
  8. Parang Candong
  9. Parang Candung
  10. Parang Cengkok
  11. Parang Gabus
  12. Parang Gondol
  13. Parang Illang
  14. Parang Jenguk
  15. Parang Koteng
  16. Parang Lading Pendek
  17. Parang Ongkok
  18. Parang Padul
  19. Parang Pajah
  20. Parang Panjang
  21. Parang Panjang
  22. Parang Paranggi
  23. Parang Patani
  24. Parang Pendek
  25. Parang Puting
  26. Parang Sakampok
  27. Pisau Panjan


Keris ialah sejenis senjata pendek Austronesia yang digunakan sejak melebihi 600 tahun dahulu. Senjata ini memang unik di dunia Melayu dan boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu seperti IndonesiaMalaysia,SingapuraThailand Selatan, Filipina Selatan (Mindanao) dan Brunei.
Nama yang digunakan untuk keris berbeza mengikut daerah misalnya sundang di Mindanaokedutan di Bali dan kareh di Sumatera. Perkataan keris dikatakan berasal dari bahasa Jawa Kuno iaitu malang kerik yang bermaksud bercekak pinggang. Ini merujuk kepada figura orang bercekak pinggang pada hulu keris pada peringkat awal.
Keris digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu bersilat) dan sebagai alat kebesaran diraja. Senjata ini juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu. Keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sariyang merupakan senjata Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang terkenal.
Keris berasal dari kerajaan Srivijaya  Kepulauan Jawa dan gambaran keris terdapat di Candi Borobudur. Keris purba telah digunakan antara abad ke-9 dan abad ke-14. Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu mata, hulu dan sarung. Keris sering dikaitkan dengan kuasa mistik oleh orang Melayu pada zaman dahulu. Antara lain, terdapat kepercayaan bahawa keris mempunyai semangatnya yang tersendiri.
Keris menurut amalan Melayu tradisional perlu dijaga dengan cara diperasapkan pada masa-masa tertentu, malam Jumaat misalnya. Ada juga amalan mengasamlimaukan keris sebagai cara untuk menjaga logam keris dan juga untuk menambah bisanya.

Image result for keris

Bahagian-bahagian keris

  • Aring -- Kerawang di pangkal mata keris.
  • Balang -- Bahagian sarung keris yang lurus.
  • Batir-batir -- Perhiasan pada tuli-tuli keris yang dibuat daripada emas.
  • Biji timun -- Sejenis ukiran, sejenis garis-garis pada mata pisau (keris).
  • Bunga pamor -- Lukisan pada keris kerana waja putih yang ditempa pada bilah keris.
  • Cincin pacat kenyang -- Cincin yang besar dan tebal pada satu bahagian (dipakai untuk melindungi jari sewaktu memegang keris).
  • Dagu keris -- Hujung ganja keris.
  • Gandik -- Perhiasan pada hulu keris.
  • Ganja -- Bahagian keris di antara mata dan hulunya.
    • Ganja datang = ganja rawan -- Ganja yang dilekatkan pada bilahnya.
    • Ganja iras = ganja menumpu -- Ganja yang bersambung dgn bilahnya.
  • Kurai -- Corak (gambar, barik-barik) pada bilah keris dan lain-lain yang berpamor.
  • Lambai gajah -- Bahagian mata keris (yang terletak di bawah dagu keris).
  • Landaian -- Hulu keris.
  • Lok -- Kelok atau liku pada mata keris.
  • Merubi -- Bentuk hulu keris yang seperti ubi.
  • Paksi -- Puting (bahagian keris dan lain-lain) yang masuk ke dalam hulunya.
  • Panjut -- Warna putih pada hujung mata keris.
  • Pendongkok / Dongkok keris -- Gelang-gelang antara hulu dan bilah keris, pemendak (dulang-dulang) keris. Kedongkok. Pemendak.
  • Penduk -- Penyalut pada sarung keris daripada emas (perak dan lain-lain).Terapan.
  • Penongkok -- (Kedah) Emas dan lain-lain yang disalut pada hulu keris.
  • Pestaka -- Kuasa buruk atau baik yang ada pada keris (lembing dan lain-lain).
  • Sampir -- Bahagian sarung keris yang di atas sekali. Warangka (Jawa).
  • Sigi -- Gelang-gelang daripada besi dan lain-lain (untuk me­nguatkan pegangan hulu pada puting keris dan lain-lain), temin.
  • Tapih -- Salut pada sarung keris Jawa.
  • Tebu-tebu -- Gelang-gelang (pada batang tombak, hulu keris, dan lain-lan).
  • Tuli-tuli -- Sejenis tali (daripada benang sutera, emas, perak, rotan, dan lain-lain) untuk melekatkan sarung keris pada tali pinggang.

Image result for keris

www.FizzieNet.Blogspot.com

REVOLUSI INDUTRI 4.0

    PENGENALAN Dalam era kehidupan manusia masa kini, kita tidak boleh lari dari perkembangan teknologi. Saban   hari teknologi ini maki...